Wednesday 25 April 2012

SERIKANDI DI MEDAN JIHAD


SERIKANDI TERBILANG SEPANJANG ZAMAN

KHAULAH AL AZWAR 

Siapakah gerangan wanita ini? 

Dialah pejuang Islam yang begitu berani di medan perang, siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda... dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi....

Khaulah telah dididik megenai ilmu peperangan sejak kecil lagi oleh ayahnya Al-Azwar. Al-Azwar telah melatih kedua-dua orang anaknya iaitu Dhirar dan Khaulah ilmu peperangan sehingga mereka menjadi pahlawan yang disegani. 

Khaulah telah lama berkhidmat dengan pasukan muslimin dalam berjihad di medan perang ketika zaman Rasulullah SAW lagi. Sebagai kaum wanita, Khaulah cuma membantu untuk merawat pasukan tentera Islam yang cedera.

Namun, pada satu ketika, di dalam peperangan yang dipimpin Khalid Al-Walid bagi menentang golongan Romawi, abangnya telah ditawan oleh pasukan Rom. Akibat terlalu sedih, Khaulah telah menyamar sebagai seorang pemuda dan melawan pasukan Romawi dengan tangkas ibarat seorang pemuda yang gagah. Khaulah telah membunuh ramai tentera Romawi dan menjadi sumber semangat pasukan Muslimin untuk menentang golongan Rom. Selepas peperangan, Khalid Al-Walid bertanya kepada Khaulah yang pada ketika itu menyamar sebagai seorang lelaki, siapakah kamu? Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika mendengar jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng , kerana yang didengarnya ialah suara anak gadis.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani, yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...