Wednesday 31 October 2012

...Aii ShiTerU ALLAH....


 <3 ketahuilah cinta Allah terhadap hambaNya melebihi cinta seorang ibu kepada anaknya <3


Monday 8 October 2012

ISLAM agama IZZAH


Islam adalah agama ciptaan Tuhan. Justeru, ia adalah agama yang hebat. Individu yang mengenali Islam secara yang betul akan berasa izzah atau mulia dengan Islam. Apabila orang itu berasa mulia dengan Islam, hidupnya menjadi lebih terarah. Segala aktiviti dalam hidupnya akan dijuruskan bagi menjadikan dirinya insan mulia iaitu insan bertaqwa. Izzah juga menjadikan seseorang itu mengasihi yang makruf dan membenci kemungkaran. Justeru, pastikan kita mengenali Islam secara yang betul. Utamakan inovasi dan kualiti dalam hidup. Jangan lupa menceritakan keindahan Islam kepada yang bukan Islam, di dalam dan luar negara. Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata ; " Kita adalah golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan yang lain daripada Islam, Allah timpakan kehinaan ke atas kita."

Tuesday 11 September 2012

TakBiraTul IhRam Tanpa SUARA



Adakah sah solat seseorang itu yang bertakbiratul ihram tanpa suara dan tanpa gerakan mulut, tetapi disertakan niat? Setahu saya, semasa takbir kita hendaklah melafazkan takbir sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri. Harap ustaz jelaskan.

Jawapan; salah satu syarat sah takbiratulihram adalah dengan menguatkan suara, sekadar didengari telinga sendiri. Seandainya bertakbiratulihram hanya dengan niat tanpa didengarinya, maka tidak sah solat.
Sebenarnya ada 16 syarat sah takbiratulihram seperti yang terkandung dalam kitab Nail al-Raja’ syarah kepada Safinah al-Najat hlm. 87 seperti berikut;

1. berdiri ketika solat fardhu jika mampu. Tidak wajib berdiri semasa solat sunat, boleh duduk. Tidak wajib berdiri apabila tidak mampu seperti terlalu uzur.
2. dilafazkan dalam bahasa Arab kalimah الله اكبر
3. diucapkan dengan lafaz jalalah (الله)
4. dan lafaz اكبر. Jika diucapkan kalimah seperti الرحمن اكبر atau الله اعظم maka tidak sah.
5. ucapkan mengikut tertib dalam dua lafaz tersebut  iaitu mendahulukan lafaz الله ke atas اكبر (tidak sah jika melafazkan اكبر الله )
6. tidak memanjangkan hamzah pada lafaz jalalah. Apabila dipanjangkannya maka tidak sah, contohnya الله اكبر terkecuali memanjangkan huruf lam, contohnya “Allaaaahu Akbar”.
7. tidak memanjangkan huruf ba pada kalimat اكبر. Jika dipanjangkan menjadi اكبار maka tidak sah.
8. tidak membaca dengan qalqalah pada huruf kaf اكبر seolah-olah berbunyi “akkebar”.
9. tidak menambahkan huruf (و) antara dua lafaz sama ada mematikan atau membariskan huruf wau, sekiranya dilakukan juga maka tidak sah takbirnya.
10. tidak menambahkan wau pada kalimat jalalah seperti والله اكبر.
11. tidak memutuskan antara dua kalimat kecuali dengan tujuan bernafas atau tidak sengaja.
12. hendaklah didengar sendiri setiap huruf dalam takbir.
13. masuk waktu bagi solat yang terikat dengan waktu. Tidak sah takbiratulihram apabila seseorang itu niat solat Zohor misalnya, lalu ia takbiratulihram sebelum masuk waktu Zohor atau solat sunat yang terikat waktu, misalnya solat Duha atau solat sunat qabliyah yang lain.
14. bertakbiratulihram dalam keadaan menghadap kiblat.
15. tidak meninggalkan satu huruf pun dalam ucapan takbiratulihram. Dimaafkan bagi orang jahil dan mereka yang belum memahami cara solat yang betul.
16. tidak mendahului atau menyamai takbiratulihram imam. Apabila ia mendahului, menyamai atau bersamaan dengan imam maka tidak sah solatnya.

Nie ana ambil dari :

Solusi isu 17
Ustaz Fadzli al-Yamani
Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730





Monday 10 September 2012

Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang


Surah az-Zumar ayat 53-60

53 : Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

54 : Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

55 : Dan ikutilah sebaik-baiknya apa yang telah diturunkan kepadamu (al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya,

56 : agar jangan ada orang yang mengatakan: " Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam menunaikan (kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolokkan (agama Allah)",

57 : atau (agar jangan) ada yang berkata. '"Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertaqwa,

58 : atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab, "sekiranya aku dapat kembali ke dunia, tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik."

59: Sungguh, sebenarnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang kafir.

60 : Dan pada Hari Kiamat engkau akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, wajahnya menghitam. Bukankah neraka Jahanam itu tempat tinggal bagi orang yang menyombongkan diri?

*SUBHANALLAH...

MARI BERSIDANG DI MAHKAMAH HATI


Sering diperingatkan bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan dalam melakukan dosa. Jika adapun hanya sementara , kemudian rasa gelisah itu akan datang lagi dengan lebih menggigit. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi berdosa kepada Allah.

Orang yang berdosa ialah orang yang bersalah. Orang bersalah perlu diadili di mahkamah. Mahkamah pengadilan ada tiga. Pertama, mahkamah dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia. Acap kali, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia diperdaya. Justeru, sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula dihukum. Lalu, masyurlah kata orang yang bijaksana bahawa tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mahkamah kedua ialah mahkamah akhirat, yang hakimnya ialah Allah Yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau sepandai mana sekalipun bersilat kata. Saksi dan bukti sangat autentik dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi dan pendakwa. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan menjadi saksi.

Mahkamah ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakim adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa berkata benar walau cuba dinafikan dan dipendamkan oleh tuannya. Protes hati kecil ini terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke lembah sakit jiwa yang menyesakkan.

Ya, dosa boleh disembunyikan dan dinafikan di hadapan manusia, tetapi, mana mungkin disembunyikan daripada Allah dan diri sendiri. Kita mampu menipu manusia, tetapi kita tidak mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, bagaimana kita boleh menafikan kesalahan dan dosa apabila diadili di mahkamah hati? Setiap masa, setiap ketika dan pada setiap suasana, hati kecil akan bersuara. Ia tidak tega dengan kesalahan. Ia tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu sangat memberi kesan kepada hati. Apabila kita berdosa, hakikatnya kita melakukan dua “perlanggaran”. Pertama, perlanggaran atas fitrah hati yang secara tabiinya bersifat baik. Kedua, perlanggaran terhadap hak Allah, Zat Yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah hati yang menyukai kebaikan  dan membenci kejahatan. Fitrah ini kurniaan Allah, yang dengannya manusia boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah yang sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu diabaikan apatah lagi dinafikan, tunggulah penderitaan dan kesempitan!

 Rasulullah saw sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila baginda ditanya, apakah itu dosa? Baginda menjawab : “ dosa ialah sesuatu yang membuatkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”

Oleh sebab itu, awaslah wahai setiap diri kerana dosa itu umpama racun. Bahananya akan merosakkan diri secara perlahan-lahan atau mendadak. Nikmatnya hanya seketika sedangkan dosanya berkekalan dan akibat buruknya panjang.

Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri, apakah hidup kita diredhai? Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan? insyaAllah hati itu tidak akan berdusta. Di samping Allah yang mengetahui siapa kita, kita juga sendiri tahu siapa kita yang sebenarnya. Jadi, janganlah berpura-pura. Siapa yang cuba kita tipu? Allah? Manusia? Atau diri kita sendiri?

:: sama-sama melakukan perubahan diri dan sama2 berubah demi mencari reda Allah::
 

Friday 29 June 2012

Surat Cinta Dari Ilahi 4




''......Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui''
(al-baqarah ayat 216)
berbaik sangkalah dengan ALLAH...

Surat Cinta Dari Ilahi 3


an-nisa : 144-147


wahai orang2 yang beriman! janganlah kamu menjadikan orang2 kafir sebagai pemimpin selain dari orang2 mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah (untuk menghukummu) ?


Sungguh, orang2 munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka.Dan kamu tidak akan mendapati seorang penolong pun bagi mereka, 


kecuali orang2 yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada agama Allah dan dengan tulus ikhlas menjalankan agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama org2 y beriman dan kelak Allah akn memberikan pahala y besar kpd org2 y beriman.


Allah tidak akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha mensyukuri, Maha Mengetahui.


JiKa kita ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk membaiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati kita perlu membaiki solat.


Bagaimana?
Formula= software + hardware
Hardware= rukun fi'li atau perbuatan fizikal seperti berdiri dengan betul,rukuk, sujud dn sebagainya.
Software= rukun qauli pada makna bacaanya di lidah dan rukun qalbi pd rasa yang bersemi di hati.


Bagaimana lagi?


cari makna bacaan surah al-Fatihah..bukan setakat itu sahaja, malah cari tafsirannya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul. Contoh, menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalm sujud kita.. 
wallahualam.. =)

Monday 28 May 2012

DesTinasI CiNta


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah..

Friday 25 May 2012

IKRAMAH BIN ABU JAHAL.....


Ikramah merupakan pahlawan berbangsa Quraisy yg hebat..sntiasa menyertai peperangn menentang Rasulullah..nmun sewaktu pembukaan kota Mekah..Ikramah telah ditewaskan oleh Khalid Bin Al-Walid..lantas melarikan diri ke Yaman dan Habsyah...


Sewaktu dlm perjalanan ke Habsyah menaiki kapal laut, ribut melanda..Ikramah cuba berdoa pd Al-Lata dan Al-Uzza (berhala) memohon pertolongn..nmun x berhasil..hatiny terus terdetik utk cuba memohon pertolongn kpd Tuhan yg Satu, yg telah diakui oleh Nabi Muhammad..dgn izin Allah, beliau terselamat dr ribut..maka disaat itu terdetik keinsafan pd dirinya..


Apabila smpai di Habsyah, beliau bertemu dgn Raja Habsyah..berlaku sesi soal jawab berkaitan fenomena kemunculan nabi yg bernama Muhammad Ibn Abdullah...hasil percaturan soalan demi soaln membuahkan iman di dalm hati Ikramah dan keinginan utk bertemu dgn Rasululllah S.A.W.


Rasulullah pd mulanya mengeluarkan penyataan agar barangsiapa yg bertemu dgn Ikramah, hendaklh dibunuhnya..nmun pabila dipujuk oleh Atikah, isteri Ikramah..baginda menarik semula penyataan tersebut dan bersedia utk memaafkn beliau..Ikramah bertemu dgn Rasulullah dan merasa takjub dgn akhlak Rasulullah yg sngt indah..Rasulullah mengajak Ikramah utk memeluk Islam..nmun beliau meminta tempoh seminggu utk berfikir...


pelbagai tohmahan demi tohmahan diterima oleh beliau lantasan tempoh yg diminta...dikatakan beliau msih berdendam kpd Rasulullah di ats kematian bapanya, Abu Jahal...akhirny slps berlaku 1 perkara yg menakjubkan di pohon Salameqi, beliau menemui Rasulullah, memeluk baginda dan menyatakan kesediaannya utk memeluk Islam...


Selepas cahaya Islam bersinar dihatinya, beliau hnya mengabdikan diri pd Allah dan Rasul.beliau dilantik sbg ketua pemerintahan di Hawazin..tidak lama selepas itu beliau. terpksa berpisah dgn Rasululllah dek kerna pnggilan Izrail menjemput Rasulullah...


perjuangan utk Islam masih diteruskn...beliau menyertai peperangan menentang golongan murtad dan nabi palsu semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar....tiap titik darah dan harta kini bukn lagi dikorbankan utk menentang Islam..tetapi hnya utk memajukn Islam...


Ikramah syahid setelah menyertai peperangan Yarmuk...iyulah Ikramah, ank Abu Jahal yg kuat cintanya kpd Islam, walaupun dia anak kpd Abu Jahal..


~~moga menjadi pedoman buat kita semua..wallahua'lam~~


PerMaisUri HatIkU


Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga


 Oh.. Kau Permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadaNya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah 
Permaisuri hatiku 
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

Thursday 24 May 2012

TINGGALKAN YANG MERAGUKAN


Daripada Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a., cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata bahawa beliau menghafal salah satu sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: 


" Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu."
(Riwayat al-Tirmizi no. 2518, al-Nasa'i no 5711, 8/327-328, Ibn Hibban dan al-Hakim)




Kalimah 'yang meragukanmu' bermaksud meninggalkan sesuatu yang menjadikan kamu ragu2 dan gantikanlah dengan perkara yang tidak meragukan.  Hadis ini kembali kepada pengertian hadis keenam, iaitu sabda Rasulullah SAW, 

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya banyak perkara yang syubhah"

Meninggalkan yang syubhah akan membawa seorang muslim kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum dalam usaha menjaga diri daripada was2 syaitan.

TIMBA BUKAN MILIKKU

Ibrahim Adham pernah ditanya : "Kenapa tuan tidak minum air zam2?" Lalu dia menjawab :" Kalau sekiranya aku memiliki timba nescaya aku minum. Sedangkan timba yang ada ialah timba daripada harta kerajaan dan ia adalah syubhah"

Apabila bertembung antara syak dan yakin, kita hendaklah mendahulukan yakin dan meninggalkan yang syak.

Misalnya seorang yang telah mengambil wuduk dengan yakin kemudiannya dia syak adakah wuduknya telah terbatal atau tidak. Maka dia dikira orang yang berwuduk.

Orang yang terlibat dengan sesuatu yang haram tetapi hendak meninggalkan yang syubhah adalah tidak betul. Berhentilah melakukan yang haram terlebih dahulu. 





SURAT CINTA DARI ILAHI 3


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan, dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa2nya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa slain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2, dan mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi org2 y beramal.
(SURAH ALI-IMRAN: 133-136)

Sunday 20 May 2012

ANTARA DUA KASIH



Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan 
Kasih Ilahi tiada bersempadan 
Tak memilih siapa tidak berakhir

Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Saturday 12 May 2012

JAlan Pulang



Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
terpaut aku tak berpaling

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

ku Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepas dahaga
Tak temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Friday 11 May 2012

La Tahzan.. Sesungguhnya Allah bersama kamu dan kita semua..=)


"Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati" 
(Surah al-Baqarah: 112)



"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah:153)

SenyuMan..... =)


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan pada Tuhannya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.


..forgive..

..kadangkala pengorbanan itu perlu demi meraut cintaMu Ya Allah...
..sungguh aku hambaMu yang lemah..
.. mencari kekuatan untuk melawan keinginan hati ini...
..andai belum sampai waktunya..
..Kau peliharalah diriku untuk sentiasa tahajud padaMu..
.. sesungguhnya aku tidak mahu Engkau cemburu padaku...
..dan demi untuk kembalikan tautan cintaku hanya untukMu..
...untuk RasulMu..

..sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pengatur jalan hidup hambaMu...
..Ampunkanku Ya Allah...



"TIADA DAYA UNTUK MENGHINDAR DARI KEDERHAKAAN DAN TIADA KEKUATAN UNTUK MELAKUKAN KETAATAN KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLH SWT"
Apa yang berlalu biarlah berlalu,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani

 
"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya); iaitu perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dari perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.                               (SURAH AT-TAHRIM:11)




Friday 4 May 2012

SuRat CINTA dari ILAHI 2


SURAH AL-BAQARAH AYAT 217:

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang berperang pada bulan haram (Muharram, Zulkaedah,Zulhijjah, Rejab). Katakanlah, " Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar. Tetapi menghalangi (orang) dari jalan Allah, ingkar kepadaNya, (menghalangi orang masuk Masjidil Haram) dan megusir penduduk dari sekitarnya, lebih besar dosanya dalam pandangan Allah. Sedangkan fitnah lebih kejam dari pembunuhan. Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad (keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itu sia2 amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."


SURAT CINTA dari ILAHI



Surah Al-Baqarah ayat 177:


Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang-orang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat2, kitab2, dan Nabi2 dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang2 miskin, orang2 yang dalam perjalanan(musafir), peminta2, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat orang2 yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang2 yang benar, dan mereka itulah orang2 yang bertaqwa.

Thursday 3 May 2012

peRmAta




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

MUSLIMAH


Ya.. 
dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta dan mengutus kasih sayang bagi orang lain..

Ya..
dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki.

Ya..
dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan si fakir, mengeyangkan perut yang lapar.

Ya..
dengan kesedianmmu duduk bersama Al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya..
dengan banyak berfikir,memohon ampun,rajin berdoa dan suka memperbaharui taubat.

Ya... 
dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Ya..
dengan rasa malumu dan hijab yang diperintahkan ALLAH, kerana hanya itulah cara untk menjaga dan memelihara dirimu.

Ya...
dengan berteman bersama wanita2 yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada ALLAH, menyukai pengamalan agama dan menghormati norma2 etika..

Ya..
untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan.


Wednesday 2 May 2012

CinTa BerKawan



Seutas tali memadu simpul tawamu duhai kawan
Simpulnya jatuh dipelupuk nurani yang tertambat cinta
Cinta berkawan bersama nikmati semusim masa

Disela kehangatan berkawan adalah aku pandang
Satu persatu garis wajah duhai kawan penuh harapan
Andai saja slalu bersama setiap masa sehati

Suratan Tuhan kita disini menapaki cerita bersama
Cinta berkawan karna sehati dalam kasih Illahi
Tepiskan hal yang berbeda agar kisahmu teramat panjang
Simpan rapi harapan berkawan selamanya..

uNtUK pARA waNIta yang DI cinTAI ALLAH



Ku hadiahkan kepadamu..
wahai wanita yang telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, 
Islam sebagai agamanya dan
Muhammad SAW sebagai RasulNya

Ku hadiahkan kepadamu...
Wahai wanita yang meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran..

Ku hadiahkan kepadamu..
Wahai murabbiyah (wanita pendidik) yang berjuang dengan kalimahnya,
memelihara norma-normanya dan membersihkan dirinya..

Ku tujukan pula pada setiap ibu yang mendidik anak-anaknya untuk bertaqwa,
menumbuhkan mereka dengan amalan sunnah Nabi dan yang menanamkan cinta kebajikan dalam jiwa2 mereka..

Terakhir.. ku tujukan kepada setiap wanita yang dirundung kesusahan dan kesedihan..

Berbahagialah dan bergembiralah dengan jarak yang begitu dekat,
dengan bimbingan Allah,
dengan keagungan pahala dan dengan pengampunan dosa.. 

Tuesday 1 May 2012

Syukur PadaMu Ya Rabb


HIJAU:

warna ketenangan..
warna pakaian sutera ahli syurga..
ya Allah, dekatkanlah aku dengan SyurgaMu dan jauhkanlah aku dari azab api NerakaMu..
ya Allah, Kau berilah aku jalan hidayahMu.. berikanlah aku cahayaMu,
sesungguhnya hambaMu ini khilaf.. banyak berdosa padaMu ya Allah..
Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi maha Pengasih..
Ampunilah hambaMu ini YA Allah..
Tunjukkanlah aku jalan lurusmu..

Ya Allah, seandainya, saat kematian ini hampir mendekatiku Ya Allah,
Kau matikanlah aku dalam Husnul Khatimah Ya Allah..
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMu ya Allah..
namun Ya Allah aku tidak mahu menjadi bahan bakarMu ya Allah di NerakaMu Ya Allah..

Ya Allah.. aku bersyukur padaMu Ya Allah..
atas kasihMu mempertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang banyak mengajarkanku untuk mendekatiMu Ya Allah..
Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini tidak layak untuk syurgaMu Ya Allah..
Namun., aku mohon padaMu Ya Allah..
Janganlah Engkau dekatkanku dengan NerakaMu Ya Allah..

Ya Allah.. aku memohon padaMu Ya Allah...
Sentiasalah membimbingku Ya Allah..
Berilah hidayahMu padaku ..
Dekatkanlah aku bersama hambaMu yang soleh dan solehah...
Ya Allah... sentiasalah Engkau mengetuk hatiku andai ada dosaku terhadapMu..
agar aku sentiasa bertaubat padaMu Ya Allah..

Ya Allah.. berkatilah ilmu yang telah aku pelajari...
Berkatilah segala ilmuMu yang aku pelajari...
Ya Allah.. aku memohon padaMu Ya Allah... janganlah Engkau memupuk sikap kedekut ilmu dalam diriku..
Ya Allah.. aku memohon padaMu Ya Allah... sentiasalah memelihara aku dari sikap mazmumah..
Peliharalah sikapku seperti wanita muliaMu..
Siti Khadijah, Maryam dan Asiyah...

 

 

Monday 30 April 2012

sAhabAT sEJATi


Ku Biar Kalam Berbicara
Menghurai Maksudnya Di Jiwa
Agar Mudah Ku Mengerti
Segala Yang Terjadi
Sudah Suratan ILAHI


Ku Biarkan Pena Menulis
Meluahkan Hasrat Di Hati
Moga Terubat Segala
Keresahan Di Jiwa
Tak Pernah Ku Ingini


Aku Telah Pun Sedaya
Tak Melukai Hatimu
Mungkin Sudah Suratan Hidupku
Kasih Yang Lama Terjalin
Berderai Bagaikan Kaca
Oh Teman,
Maafkanlah Diriku...


Oh Tuhan
Tunjukkan Ku Jalan
Untuk Menempuhi Dugaan Ini
Teman, Maafkan Jika Ku Melukaimu
Moga Ikatan Ukhuwah Yang Dibina
Ke Akhirnya


Aku Tidakkan Berdaya
Menahan Hibanya Rasa
Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Redhalah Apa Terjadi
Usahlah Di Kau Kesali
Mungkin Ada Rahmat Yang Tersembunyi

Sunday 29 April 2012

tErSeNyUMLah Wahai HATI yANG SEDIH....



Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,


Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,

berbahagia di sana,

Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

SahAbat






Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang-benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini.

Seindah hari ini, indahnya bagai permaidani taman syurga,
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.

Bukankah hati kita telah lama menyatu,
Dalam tali kisah persabatan Ilahi,
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya,
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang 
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini.



MuhAsaBaH cINtA



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Saturday 28 April 2012

JadILah WaniTa yaNg PalinG BahaGia


Jalan kebahagiaan di depanmu, 
carilah ia dalam lautan ilmu, 
amal soleh
dan akhlak mulia.

bersihkanlah objektif dalam setiap
perkara, nescaya engkau akan
bahagia.

sesungguhnya nikmat besar yang
harus dijaga adalah ketika kebaikan 
itu memenuhi jiwa dan
membahagiakan hati.

hitunglah nikmat Allah yang
dianugerahkan kepadamu sebagai ganti 
dari menghitung 
penderitaanmu.

keindahan adalah keindahan budi
pekerti. kebaikan adalah kebaikan perilaku
dan keelokan adalah keelokan akal.

jadilah wanita yang paling bahagia.
dengan berbuat baik anda akan
menemukan kebaikan hakiki.

Thursday 26 April 2012

CINTA ADAM HAWA




..HAWA.. 

Cinta,
Andai tepat masa,
Andai kena tempatnya,
Andai sesuai orangnya,
Cinta itu punya kuasa
yang luar biasa hebatnya.

Wahai Adam,
Hati Hawa ni rapuh,
Mudah tersentuh,
Senang cinta terjatuh.

Wahai Adam,
Jika belum bersedia,
Jangan cuba menyentuhnya,
Kelak sukar untuk melepaskannya.

Kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedar.

Wahai Hawa,
Peliharalah dirimu,
Jagalah auratmu,
Kawal tutur katamu,
Taatilah agamamu,
Moga bertemu Adam yang sesuai bagimu.

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliranNya
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah

“Dan segala sesuatu
Kami ciptakan berpasang-pasangan
Supaya kamu mengingat kebesaran Allah”
(Adz Dzariyat: 49
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...