Thursday 24 May 2012

TINGGALKAN YANG MERAGUKAN


Daripada Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a., cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata bahawa beliau menghafal salah satu sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: 


" Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu."
(Riwayat al-Tirmizi no. 2518, al-Nasa'i no 5711, 8/327-328, Ibn Hibban dan al-Hakim)




Kalimah 'yang meragukanmu' bermaksud meninggalkan sesuatu yang menjadikan kamu ragu2 dan gantikanlah dengan perkara yang tidak meragukan.  Hadis ini kembali kepada pengertian hadis keenam, iaitu sabda Rasulullah SAW, 

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya banyak perkara yang syubhah"

Meninggalkan yang syubhah akan membawa seorang muslim kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum dalam usaha menjaga diri daripada was2 syaitan.

TIMBA BUKAN MILIKKU

Ibrahim Adham pernah ditanya : "Kenapa tuan tidak minum air zam2?" Lalu dia menjawab :" Kalau sekiranya aku memiliki timba nescaya aku minum. Sedangkan timba yang ada ialah timba daripada harta kerajaan dan ia adalah syubhah"

Apabila bertembung antara syak dan yakin, kita hendaklah mendahulukan yakin dan meninggalkan yang syak.

Misalnya seorang yang telah mengambil wuduk dengan yakin kemudiannya dia syak adakah wuduknya telah terbatal atau tidak. Maka dia dikira orang yang berwuduk.

Orang yang terlibat dengan sesuatu yang haram tetapi hendak meninggalkan yang syubhah adalah tidak betul. Berhentilah melakukan yang haram terlebih dahulu. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...